Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan ke atas penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0.

Ketika ditanya, beliau mengelak sama ada polis perlu mengambil tindakan untuk menghalang penganjuran bagi kedua-dua perhimpunan tersebut.

NONE "Jadi sengaja saja (teruskan rancangan untuk berhimpun), saya tengok berdegil hendak meneruskan tujuannya.

"Tapi kalau saya jawab nanti jadi polemik politik pula," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau turut berhasrat supaya polis mengambil tindakan sekiranya perhimpunan berkenaan menjadi "ancaman kepada keselamatan negara dan rakyat."

"Itu yang perlu diambil kira, tapi bukanlah diambil kira oleh saya. Ia akan diambil kira oleh pihak berkuasa iaitu pihak polis," katanya lagi ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, polis juga perlu melihat sama ada isu yang dibawa dalam perhimpunan berkenaan merupakan isu politik memandangkan berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat.

Perhimpunan BERSIH 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya dan Adil pada 9 Julai di pusat bandar Kuala Lumpur itu dijangka akan bertembung dengan satu lagi kumpulan penunjuk perasaan yang dikerah oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS