Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ancaman Anonymous: M'sia pertingkat keselamatan
Diterbitkan:  Jun 15, 2011 12:06 PM
Dikemaskini: 4:21 AM

Malaysia mempertingkatkan keselamatan di alam siber berikutan ancaman sekumpulan pengodam tanpa nama yang mahu menyerang portal kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat beberapa laman web perkongsian fail, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dengan menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, mereka berkata tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman web berkenaan dianggap sebagai satu bentuk penapisan.

NONE Serangan yang diberi nama "Operation Malaysia", kata Anonymous akan dilancarkan pada jam 1930 GMT (3 pagi esok waktu tempatan) bagi memberi pengajaran kepada sesebuah negara yang menapis laman web Wikileaks.

"Kami menerima berita mengenai ancaman ini. Pelbagai agensi yang terlibat dan kita akan siasat,” kata Ismail kepada Reuters .

"Siasatan perlu dijalankan dan kita perlu melindungi sistem kita pada masa yang sama.”

Malaysia adalah negara terbaru yang menjadi perang siber oleh aktivis berkenaan yang sebelum ini melumpuhkan laman web MasterCard dan Paypal kerana menghentikan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks.

Mereka juga pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir  dan India.

[Baca berita penuh]

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS