Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan tidak gentar dengan pertembungan kumpulan pendesak Melayu PERKASA yang akan “lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan aman 9 Julai ini.

dap abolish isa forum 230908 ambiga sreenevasan Ketika dihubungi petang tadi, Ambiga berkata beliau menghormati pandangan presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang berikrar akan menghalang perhimpunan berkenaan.

"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Ambiga berkata perhimpunan BERSIH diadakan secara bertanggungjawab, aman dengan matlamat murni agar pilihan raya bebas dan adil diadakan di negara ini.

"Ramai rakyat Malaysia yang berkongsi pendapat ini, mereka menyokong penuh usaha kami. Saya tidak akan bergaduh dengan PERKASA yang membantah perhimpunan ini kerana ia adalah selaras dengan proses demokrasi dan kebebasan berpersatuan,” katanya.

bersih rally 271207 02 "Perhimpunan BERSIH akan diteruskan tanpa mengambil kira apa kata sesetengah pihak ataupun laporan polis yang dibuat. Kami tidak akan berganjak dengan ugutan,” kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu.

Katanya yang penting BERSIH 2.0 mahu perhimpunan aman dan pada masa yang sama berharap tanggapan pihak berkuasa, khususnya polis mengenai perhimpunan seumpama itu akan juga berubah.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”.

NONE Beliau yang juga pernah dilucutkan gelaran “Datuk” oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah demi menjamin kepentingan demokrasi.

Beberapa laporan polis juga dibuat bagi membantah perhimpunan itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS