Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kementerian akui 1pengguna digodam
Diterbitkan:  Jun 11, 2011 12:47 PM
Dikemaskini: 4:56 AM

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengakui berlaku perlanggaran keselamatan pada laman web RM1.4 juta 1pengguna.com, tetapi tiada maklumat pengguna yang hilang.

NONE "Ia berlaku pada 9 Jun apabila kami membaut sedikit perubahan untuk menangani jumlah hits yang tinggi.

"Ketika proses itu, beberapa data percubaan telah digodam. Tetapi setakat ini tiada laporan berlakunya sebarang kehilangan maklumat," kata ketua setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini .

Menurut laporan laman forum IT popular Lowyat.net awal pagi semalam, sekumpulan penggodam komputer yang dikenali sebagai Rilekscrew mengenalpasti beberapa kelemahan pada 1pengguna yang "membenarkan hampir semua data dalam pelayannya boleh diakses daripada jauh".

Data-data itu mengandungi maklumat 2,000 pengguna berdaftar, termasuklah alamat e-mel dan kata laluan mereka, kata pengasas dan ketua eksekutif Lowyat.net Vijandrean Ramadass.

NONE Bernama

kelmarin melaporkan, 1pengguna yang mempamerkan maklumat harga barangan pengguna yang dijual di 1,255 premis perniagaan mengalami sedikit masalah kerana terlalu ramai yang melayarinya sejak dilancarkan Selasa lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata portal itu menerima hits yang mencecah 3.5 juta sehingga menyebabkan server portal berkenaan terjejas.

Katanya kementerian pada mulanya hanya menyasarkan untuk menerima kira-kira 300,000 hits sahaja dalam minggu pertama selepas pelancaran namun sambutan yang diterima sebaliknya 'begitu memberangsangkan dan di luar jangkaan'

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS