Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya mengadakan inkues bagi menyiasat kejadian tembakan di Glenmarie pada November tahun lalu yang dikatakan dalam keadaan yang mencurigakansehingga  mengakibatkan tiga pemuda ditembak mati.

NONE Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis masih belum menyelesaikan siasatan mereka berhubung perkara itu, meskipun kejadian berlaku lebih enam bulan lalu.

“Tidak wajar bagi polis mengulas lanjut berhubung kes itu kerana kami akan mencadangkan supaya inkues diadakan,” kata Tun Hisan.

“Namun, tindakan polis adalah semata-mata untuk menahan suspek. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana ia mungkin menjejaskan inkues yang dicadangkan itu,” katanya.

Ditanya mengapa siasatan yang dijalankan sebegitu lama tidak siap, Tun Hisan berkata anggotanya terpaksa mengumpulkan laporan daripada pelbagai jabatan.

Semalam, perwakilan Lawyers for Liberty N Surendran, yang juga naib presiden PKR mendakwa berdasarkan laporan bedah siasat ke atas tiga-tiga mangsa itu menunjukkan mereka dibunuh dari jarak dekat oleh polis semasa sedang berlutut.

NONE Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Mohd Hairul Nizam Tuah, 20, ditembak mati setelah polis mengejar mereka dengan kereta di Glenmarie, Shah Alam, pada awal pagi 13 November.

Sebelum ini, polis mendakwa pemuda berkenaan cuba menyerbu dan menyerang mereka dengan parang dan tembakan terpaksa dilepaskan bagi mempertahankan diri.

“Laporan bedah siasat bercanggah dengan versi polis bahawa dalam kejadian itu mereka bertindak mempertahankan diri dan menembak - yang bermakna tembakan mesti dilepaskan dari hadapan,” kata peguam N Surendran.

azlan “Bagaimanapun, menurut laporan bedah siasat sudut peluru menembusi kepala depan adalah dari 45 darjah dan keluar melalui belakang leher dan bagi tembakan di bahagian dada, (peluru) juga melalui 45 darjah di badan.

“Ini menunjukkan mangsa sedang melutut ataupun berada pada kedudukan lebih rendah daripada orang yang melepaskan tembakan,” kata Surendran.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS