Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Robot Ruby berjaya atasi rekod kiub Rubik
Diterbitkan:  Jun 9, 2011 11:01 AM
Dikemaskini: 3:09 AM

[VIDEO ROBOT RUBY]

Robot yang terpantas di dunia dalam menyelesaikan Kiub Rubik telah berjaya dibangunkan oleh para pelajar di Universiti Teknologi Swinburne.

Robot itu, yang diberi nama Ruby, dapat menyelesaikan masalah percaturan warna itu dalam masa hanya sedikit melebihi 10 saat, termasuk masa yang diambil untuk mengimbas status permulaan kiub itu.

Ia dibina dari peringkat awal oleh enam orang pelajar sebagai projek tahun akhir mereka bagi mendapatkan ijazah berganda di dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan (Robotik dan Mekatronik) dan Sarjana Muda Sains (Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian).

"Ruby berfungsi dengan mengimbas setiap permukaan sesebuah kiub menerusi satu kamera web. Ia kemudian menggunakan sebuah perisian algoritma untuk merumuskan suatu penyelesaian yang disalurkan kepada robot yang berkelajuan tinggi itu menerusi satu sistem kawalan tertanam secara tepat masa," kata Professor Chris Pilgrim, Timbalan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

"Gabungan kepakaran para pelajar itu di dalam bidang robotik dan kejuruteraan perisian telah membolehkan mereka untuk membina sebuah robot yang mempunyai sistem pengesanan penglihatan komputer yang pantas yang berupaya melakukan pergerakan yang sangat bertepatan.”

Pasukan itu terdiri daripada pakar komputer yang kembar seiras David dan Richard Bain, Daniel Purvis, Jarrod Boyes, Miriam Parkinson dan Jonathan Goldwasser.

Mereka telah mengemukakan permohonan agar kemahiran Ruby di dalam menyelesaikan Kiub Rubik itu diiktiraf oleh Guinness World Records. Rekod dunia bagi manusia pada masa ini untuk Kiub Rubik berukuran 3×3×3 dipegang oleh Feliks Zemdegs yang mempunyai catatan masa terbaik 6.24 saat yang dilakukan pada Terbuka Kubaroo pada 2011.

Setakat Oktober 2010, robot yang paling pantas dapat menyelesaikan Kiub Rubik, yang diberi nama Cubinator, berupaya melengkapkan percaturan warna Kiub Rubik itu dalam masa 18.2 saat.

Robot itu akan mempamerkan aksinya pada Hari Terbuka Swinburne pada 21 Ogos ini.

- Bernama

ADS