Kajian yang dijalankan oleh 21 syarikat elektronik utama di negara ini mendapati eksport sektor itu jatuh menjunam 26 peratus kepada RM51.8 bilion pada 2010 berbanding tahun sebelumnya.
Trend ini berterusan dengan perangkaan 2009 mencatatkan penurunan 15.8 peratus dalam eksport.
Pengerusi Industri Elektronik Malaysia Amerika, (MAEI) Wong Siew Hai berkata sebab utama kemerosotan itu adalah kerana syarikat komputer peribadi (PC) yang menyumbang kira-kira 50 peratus nilai eksport elektronik meninggalkan negara ini.
“Syarikat-syarikat itu mendapati adalah lebih mudah bagi mereka untuk hanya berunding dengan sub-kontraktor yang kebanyakannya terletak di China,” katanya ketika membentangkan keputusan kajian tahunan hari ini.