Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sesi borak dalam talian anjuran Yahoo! Malaysia dihujani pelbagai soalan, termasuk yang menggelikan hati.

NONE Dalam sesi selama sejam setengah pagi tadi, kebanyakan soalan yang diajukan mampu membuatkan Khairy tidak senang duduk.

Tetapi sama ada Khairy dalam mengelaknya dengan hujah penuh diplomasi dan kepetahannya bermain kata, sesi itu turut mewujudkan suasana ceria dan gelak-ketawa.

Berikut petikan daripada sesi itu:

Tentang kroni dan proksi

Soalan: Apa kaitan YB dengan Jason Lo, Tony Fernandes dan adakan terdapat hubungan dalam sokongan YB terhadap AirAsia dalam peruntukan perjalanan.

Jawapan: Jason Lo kawan baik saya. Saya kenal dia sejak kecil. Tony juga kawan saya. Saya tidak punya sebarang saham dalam AirAsia. Siapa buat dakwaan ini boleh jumpa saya di mahkamah. Saya sokong peruntukan perjalanan kerana ia baik untuk negara ini supaya lebih pelancong tiba. Kamu tak mahu lebih ramai melawat Malaysia.

KJ, kamu tiada saham dalam AirAsia, tetapi adakah anggota keluarha terdekat mempunyai saham dalam AirAsia? ;)

Anggota terdekat saya tiada saham dalam AirAsia, begitu juga kawan-kawan atau proksi. Sekali lagi, saya sedia bertemu sesiapa sahaja di mahkamah berhubung perkara ini.

Impian masa depan

NONE YB, adakah YB masih mampu menjadi PM ketika berumur 40 tahun?

Hahaha. Ini firnah! Urban legend. Saya tak pernah kata mahu jadi PM pada umur 40 atau mahu jadi PM. Saya hanya mahu berkhidmat atas kapasiti yang rakyat mahukan.

Apa kamu akan jadi/buat sekiranya tidak berada dalam politik?

Koresponden perang.

Hal ehwal lelaki

Apa kelemahan PM kita?

Beliau suka lagu 'Nobody But You' oleh (Wondergirls)? Ini kelemahan yang buruk.

Khairy, siapa penyanyi kegemaran kamu?

Tentulah bukan Wondergirls. Haha. Maaf DS Najib. Saya suka U2,  Counting Crows dan Dave Mathews. Artis tempatan, saya suka Faizal Tahir. Beliau cool.

Makanan kegemaran YB?

Patin atau ikan keli.

NONE Apa pendapat anda tentang Justin Bieber?

Muntah. Maaf kepada semua Beliebers. Mungkin hilang undi mereka di sana.

Tentang rakan dan lawan

Apa pandangan kamu pada Raja Petra Kamaruddin?

Dia suka putarkan pembohongan dan semuanya terdedah akhir-akhir ini.

Khairy, apa pendapat kamu tentang Mukhriz Mahathir, adakah kamu fikir beliau sebagai ancaman kepada karier politik kamu?

Beliau pemimpin muda Umno dengan potensi yang besar. Sebagai pemimpin Umno kami mesti bekerjasama. Walaupun kami pernah bersaing sesama sendiri untuk jawatan ketua Pemuda, saya rasa kedua-dua kami cukup matang bekerjasama untuk parti.

Patutkah Mahathir kembali menjadi perdana menteri?

Saya rasa kita patut lihat ke hadapan.

NONE Kamu amat kritikal kepada polisi dan legasi Tun M. Kenapa?

Saya kritikal pada dasar. Ia bukan berkaitan peribadi kepada siapa pun. Jika ada yang saya tidak setuju, saya akan suarakan pendapat sendiri. Saya telah lakukan banyak kali kepada kerajaan ini dan dalam parlimen juga. Baru-baru ini saya menentang signal daripada kerajaan untuk menaikkan harga petrol RON95. Dasar, bukan orangnya.

YB... Bagaimana hubungan dengan (Anwar Ibrahim) dan keluarganya?

Saya tiada sebarang hubungan peribadi dengan Datuk Seri Anwar dan anggota keluarganya. Saya hanya lihatnya di parlimen.

YB, adakan benar kamu sepatunya berkahwin dengan Nurul Izzah suatu masa dulu?

Hahaha. Tak akan. Saya tak kenal langsung beliau kecuali melihatnya di parlimen sahaja. Satu lagi pembohongan dan urban legend . Orang ramai percaya pada omong kosong.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS