Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata semua pihak berhak untuk menyuarakan bantahan ke atas penganjuran konsert rock MTV World Stage Live .

Namun, katanya, kelulusan telah diberikan bagi penganjuran konsert yang akan diadakan di kawasan komersil antarabangsa I-City.

NONE Menurut Khalid, kelulusan itu telah diberikan sejak tahun lalu, hasil cadangan yang dikemukakan sendiri oleh Sultan Selangor.

"Ini ialah hasil cadangan Tuanku Sultan untuk adakah satu kawasan yang boleh diadakan aktiviti keusahawanan dan tidak terlibat dengan daerah tengah Shah Alam yang berhampiran masjid dan sebagainya.

"Bagi saya perkara ini tidak jadi satu masalah untuk MTV jalankan aktiviti mereka.

"Bagaimanapun beberapa sekatan perlu dilakukan terutama keadaban, terutama dari segi pakaian," katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri juga bersetuju dengan dasar MTV bagi pementasan konsert berkenaan -- tiada penggunaan alkohol, dadah mahupun rokok.

NONE Tambahnya, sekatan yang dikenakan kerajaan negeri termasuk mengehadkan sistem bunyi daripada konsert berkenaan supaya tidak memberi kesan kepada kejiranan di situ.

"Persembahannya juga mesti tidak melebihi 12 malam," katanya..

Kelulusan berkenaan juga selari dengan usaha kerajaan negeri untuk menggalakkan penglibatan golongan muda untuk menyertai kegiatan di Shah Alam.

"Tapi dengan cara yang beradab dan tertib," tegasnya.

Pada 27 Mei lalu, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dilaporkan membantah penganjuran konsert itu kerana mendakwa kawasan i-City tidak sesuai diadakan sebarang aktiviti hiburan.

Ahad lepas, Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata keputusan untuk membantah penganjuran konsert itu dibuat sebulat suara dalam satu mesyuarat yang disertai kepimpinan PAS Selangor.

VIDEO | 2.59 min

ADS