Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Media Prima sedia ambil alih Bernama TV
Diterbitkan:  Jun 1, 2011 4:53 PM
Dikemaskini: 8:56 AM

Media Prima Bhd tidak menolak kemungkinan memiliki satu lagi stesen televisyen atau mengambil alih Bernama TV sebagai sebahagian daripada pelan pembesarannya.

media prima group of companies 240106 Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan Dikongsi dan Rangkaian TVnya, Datuk Kamal Khalid berkata syarikat itu gembira jika dapat mengendalikan lebih banyak stesen TV.

"Tetapi, tanpa kemungkinan itu, kami akan cuba bekerjasama dengan syarikat lain seperti Telekom Malaysia Bhd untuk menggunakan kesemua kaedah penyampaian alternatif bagi menjangkau para pelanggan kami," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Emas Channel 104 di Petaling Jaya hari ini.

NONE Kamal, yang juga Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Perniagaan dan Antarabangsa, berkata spektrumnya adalah terhad dan ini adalah antara kekangan yang dihadapi oleh pengendali TV bebas ke udara seperti Media Prima.

Katanya syarikat itu berhasrat mendapatkan spektrum tambahan dan mendapatkan lesen bagi melaksanakan sesuatu yang lain, tetapi ini sangat sukar.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS