Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muktamar: PAS nafi bukan Islam perlu bertudung
Diterbitkan:  Jun 1, 2011 8:27 AM
Dikemaskini: 4:01 AM

PAS menafikan ia telah menetapkan peraturan memerlukan wartawan wanita bukan-Islam supaya memakai tudung ketika meliputi muktamar parti itu hujung minggu ini.

pas wanita muslimat muktamar agm 55 040609 02 Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lalu oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita Islam.

"Saya percaya ini salah faham. Mungkin ia tidak dinyatakan dengan jelasvdalam nasihat berkenaan," katanya kepada Bernama .  

Mustafa mengulas kenyataan setiausaha agung Wanita MCA Chew Lee Giok yangvmembidas PAS kerana dikatakan menguatkuasakan kod pakaian ke atas wartawan wanita bukan-Islam yang meliputi Muktamar dari 3-5 Jun.  

Chew berkata, "Dalam sebuah negara berbilang kaum saya menghormati sepenuhnya kod pakaian Islam, tetapi kita juga mahu PAS menghormati adat dan pilihan oang bukan Islam".  

Sementara itu, dalam satu kenyataan media Lajnah Penerangan PAS berkata semua lelaki diwajibkan berpakaian kemas dan tidak berseluar pendek. Penggunaan kemeja-T juga tidak digalakkan.

pas youth muktamar 040609 03 “Bagi wanita pula mereka diminta berpakaian kemas dan bertudung bagi yang Islam. Bagi wanita bukan Islam mereka digalakkan memakai skaft dan dilarang memakai gaun ataupun skirt pendek,” petik kenyataan itu.

Lajnah Penerangan PAS juga mengingatkan wartawan bahawa rakaman audio video dan CD atau kaset hanya dibenarkan semasa majlis perasmian atau sidang media sahaja.

“Tiada rakaman audio video dibenarkan semasa sesi pembentangan dan perbahasan muktamar berlangsung, hanya gambar sahaja dibenarkan,” akhiri kenyatan itu.

ADS