Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Salinan pita video yang memaparkan seorang lelaki mengadangkan hubungan seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diedarkan di seluruh Selangor.

ean yong hian wah report polis over village head receive sex tape 270511 01 Tidak terkecuali adalah perkampungan Cina dan sasarannya adalah ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat.

Menurut anggota exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah sekurang-kurangnya 15 pemimpin di Ulu Langat dan lebih lapan lagi di Kuala Selangor mengesahkan menerima video berkenaan menerusi pos.

Katanya, berdasarkan cop pada bungkusan itu, ia dikirimkan dari Melaka dan Shah Alam.

Hari ini Ean Yong mengiringi 15 ketua kampung dari kawasan Ulu Langat membuat laporan berhubung perkara itu.

Sementara itu, ketua kampung dalam DUN Sri Muda parlimen Kota Raja juga dilaporkan menerima video seks dan poster yang cuba dikaitkan dengan ketua umum PKR itu.

ean yong hian wah report polis over village head receive sex tape 270511 03 Laporan polis itu dibuat oleh ketua penerangan PKR Shuhaimi Shafiei bersama-sama empat ketua kampung tradisi Melayu di ibu pejabat polis Daerah Shah Alam kira-kira 11.30 pagi tadi.

Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda membuat laporan polis itu mewakili PKR Selangor.

Dalam laporan polisnya, Shuhaimi berkata tujuan aduan dibuat berikutan penyebaran VCD dan poster yang diistilahkan sebagai lucah dan diedarkan di majlis solat hajat dan ceramah ‘Tawan Malaysia’ di Stadium Selayang pada 14 Mei lalu.

Menurutnya lagi, beliau menerima bahan-bahan tersebut dari petugas keselamatan parti pada majlis tersebut.

Dalam aduannya juga, beliau meminta pihak polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran VCD itu di lima lagi tempat iaitu di Kampung Jalan Kebun, Kampung Melayu Subang, Dewan Majlis Daerah Semenyih, satu program ceramah di Tanjong Karang dan di Dewan Majlis Daerah Kuala Langat.

NONE "Oleh itu, saya mendesak pihak polis menyegerakan siasatan berhubung penyebaran (VCD) dan menghadapkan pihak yang terlibat ke muka pengadilan," katanya.

Sementara itu, Shuhaimi berkata keempat-empat ketua kampung tersebut yang dihantar dengan video itu adalah Kampung Teluk Menegun, Kampung Baru Hicom, Kampung Johan Setia dan Kampung Bukit Naga.

Keempat-empat ketua kampung tersebut menerima VCD dan poster yang dimasukkan ke dalam sampul surat yang diposkan dari Shah Alam dan Melaka. Mereka menerimanya pada 23 dan 24 Mei lalu.

Menurutnya, ketua kampung Baru Hicom dan Kampung Telok Menegun menerima tiga keping VCD manakala dua lagi masing-masing menerima sekeping VCD.

"Mereka semua tak tengok (kandungan VCD), tetapi saya dimaklumkan ia dipercayai pelakunya sama seperti di dalam internet, jika dilihat di bahagian kulit VCD itu," katanya.

Katanya, sepatutnya empat lagi ketua kampung dalam DUN Sri Muda turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, bagaimanapun membatalkannya kerana keuzuran dan mempunyai urusan lain yang lebih penting.

NONE Kampung tersebut antaranya, Kampung Bukit Lancang, Kampung Jalan Kebun dan Kampung Sungai Kandis.

Ditanya sama ada empat ketua kampung itu akan membuat laporan polis selepas ini, Shuhaimi ( kiri ) berkata memadai setakat ini dengan laporan yang dibuat pada hari ini.

Menurutnya, sekiranya masih ada ketua kampung yang menerimanya selepas ini, beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

"Penyebaran bahan ini bukan sahaja dilarang kerana lucah, malah ia memberi implikasi buruk kepada anak-anak kita," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS