Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hutang air: 'Putrajaya terlebih bayar 73%'
Diterbitkan:  May 27, 2011 3:02 PM
Dikemaskini: 7:41 AM

DAP hari ini membidas keputusan kerajaan pusat kerana membeli bon yang telah diturunkan taraf milik syarikat konsensi air pada harga  73.2 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran dan menganggap tindakan itu “melampau dan menyalahgunakan wang pembayar cukai”.

NONE “Tidak dapat dijelaskan mengapa kerajaan memutuskan untuk menyelesaikan baki bon syarikat swasta air itu sedangkan pemegang saham syarikat berkenaan sepatutnya bertanggungjawab,” kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua ( kiri, berbaju biru ).

Sebelum ini dilaporkan syarikat Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) milik kerajaan persekutuan menubuhkan Acqua SPV Bhd bagi membeli bon yang telah diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan.

Ini kerana keempat-empat syarikat konsesi air Selangor - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS - gagal membayar pemegang bonnya.

Menurut laporan media arus perdana,  Acqua SPV menawarkan untuk mengambil-alih bon berkenaan pada harga RM6.5 bilion, berbanding nilai terbitan sebanyak RM9.02 bilion.

water paips Namun, mengikut laporan yang diterbitkan oleh The Edge Financial Daily pada Rabu lalu, harga tawaran adalah pada RM94.49 berbanding nilai pasaran yang cuma pada RM54.54 pada akhir bulan lalu, yang mana dakwa Pua adalah 73.2 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

Kata pemimpin DAP itu lagi, syarikat konsesi air itu juga telah mengisytiharkan dividen bagi pemegang sahamnya apabila mereka membuat untung.

Antara konsesi itu, Splash, iaitu anak syarikat Gamuda Bhd, mengisytiharkan dividen RM578.6 juta pada 2007 manakala PNSB pula mengumumkan dividen berjumlah sehingga RM214 juta antara 2006 dan 2010.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS