Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud berkata seramai 1,210 orang pengundi dalam kawasan DUN Sabak telah dipindahkan ke kawasan DUN Sungai Panjang tanpa pengetahuan PAS.

"Bila kita bawa ke (Suruhanjaya Pilihan Raya) SPR, mereka kata berlaku pembetulan sempadan antara daerah mengundi," katanya dalam satu sidang media hari ini.

NONE Siti Mariah bimbang tindakan itu akan menjejaskan peluang calon PAS untuk memenangi kerusi itu, memandangkan calon parti berkenaan sebelum ini hanya tewas dengan perbezaan 117 undi.

"Sepatutnya (SPR) maklumkan kepada kita terlebih dahulu apa yang mereka hendak buat.

"Tetapi kita yang kena buat kerja mereka (maklumkan mengenai perubahan)," katanya dalam satu sidang media di pejabat ahli parlimen Shah Alam pagi ini.

Jelasnya, PAS mula mengetahui mengenai keganjilan berkenaan apabila mendapati daftar pemilih bagi kawasan DUN Sabak tidak bertambah walaupun pengundi baru didaftarkan.

Katanya, SPR memberi maklum balas bahawa pemindahan ke DUN yang dikuasai bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo itu dijalankan bagi memudahkan pengundi berkenaan.

Beliau bagaimanapun mempertikaikan penjelasan berkenaan memandangkan kedua-dua DUN berkenaan terletak dalam kawasan parlimen berbeza.

Tindakan SPR itu akan menyulitkan pengundi berkenaan kerana mereka akan terpaksa mengundi di pusat mengundi yang lebih jauh, kata Siti Mariah lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS