Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB arah cari tapak baru untuk rumah anak yatim
Diterbitkan:  May 26, 2011 10:30 AM
Dikemaskini: 2:52 AM

Kerajaan negeri Selangor akan mencari tapak baru untuk menempatkan semula Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Hidayah Al-Taqwa Hulu Langat yang ditimpa tanah runtuh Sabtu lalu

selangor anti-zina campaign halimah and khalid ibrahim Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah mengarahkan Pegawai Daerah Hulu Langat Datuk Zainal Abidin A'ala supaya mencari tapak baru di kawasan yang lebih selamat untuk rumah anak yatim dan madarsah itu.

Tapak baru diperlukan untuk menempatkan anak-anak yatim dari madrasah itu di premis baru selepas bangunan lama disahkan tidak selamat diduduki setelah dilanda tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa Sabtu lalu, katanya dalam satu kenyataan.

"Kami akan wartakan tapak ini sebagai tapak untuk rumah kebajikan anak-anak yatim dan Madrasah Al-Taqwa bolehlah memohon tapak berkenaan untuk membina bangunan baru dengan bayaran premium paling rendah," kata Abdul Khalid.

24 buried alive in landslide at orphanage Beliau mengulangi komitmen kerajaan negeri dalam membantu badan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan tapak untuk membina bangunan bagi melaksanakan program kebajikan dengan hanya mengenakan bayaran premium tanah sebanyak RM1.

"Bagaimanapun, NGO ini perlu mematuhi semua peraturan dan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa dalam melaksanakan program-program kebajikan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

24 buried alive in landslide at orphanage Mengenai pendidikan anak-anak yatim di Madrasah Al-Taqwa, Abdul Khalid berkata usaha sedang dijalankan untuk menempatkan mereka di sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor.

Beliau berkata Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor menyalurkan sumbangan berjumlah RM217,000 untuk diagihkan kepada semua mangsa dan keluarga kejadian itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS