Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahu jemaah menteri  campurtangan bagi mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membatalkan amalan sesi temuduga pelajar sebelum mereka ditawarkan biasiswa luar negara.

mca post cc meeting pc 130311 chua soi lek Menurut beliau, perkara berkenaan akan ditimbulkan oleh keempat-empat anggota MCApada mesyuarat kabinet hari ini.

“(Pengagihan biasiswa-biasiswa luar negeri) mesti berdasarkan keputusan peperiksaan, walaupun temu duga tidak begitu baik…tapi jika mendapat semua A+, pelajar perlu diberi biasiswa,” katanya kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA, semalam.

Empat menteri MCA itu adalah Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Chor Chee Heung, Menteri Pelancongan Ng Yen Yen , dan Menteri Pengangkutan Kong Chor Har.

Chua juga berkata bahawa MCA akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tertutup bagi menyelesaikan kemelut pemberian biasiswa ini.

NONE Selain itu, katanya ketua pengarah JPA juga telah bersetuju menyelesaikan semua masalah yang dibangkitkan oleh ketua pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong yang juga adalah timbalan menteri pelajaran.

Chua pada sidang akhbar itu juga berkata beliau berpendapat adalah satu perkara yang ‘malang’ sekiranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz ( kanan ) bertindak sebagai ‘wira’ dan terus menyerang Wee dengan mengeluarkan isu berkaitan  biasiswa luar negera.

“Saya tidak mengajar Nazri bagaimana untuk membuat kerja, jika Nazri menjadi seorang menteri kanan tetapi tidak tahu peranan MCA, maka itu adalah agak malang.”

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS