Kerajaan dilihat cuba mengendurkan kontroversi biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan mengulangi janji perdana menteri bahawa pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 8A+ dalam SPM tahun lalu akan mendapat tajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz ( kanan ) berkata, kerajaan telah bersedia untuk memberikan 12,000 biasiswa untuk membantu pelajar menamatkan ijazah pertama.
Tindakan itu sekali gus mengetepikan dakwaan berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh pegawai JPA dalam memilih calon.
Biasiswa itu termasuk 1,500 tempat bagi pelajar ijazah luar negera, sejumlah 2,500 tempat bagi pelajar universiti tempatan dan sejumlah 8,000 lagi bagi program diploma.
"Kita kena jelaskan semua ini untuk mengelakkan kekeliruan. Dalam kerajaan pun sudah ada yang keliru," katanya sambil berseloroh dalam sidang media di parlimen hari ini.
Dia berkata demikian ketika mengulas kritikan lantang Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong yang mendakwa berlakunya salah urus dalam pengagihan biassiswa oleh pegawai JPA.
[Baca berita penuh]