Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Kenaikan harga gula untuk tambah untung Felda
Diterbitkan:  May 23, 2011 5:07 PM
Dikemaskini: 12:39 PM

DAP menuduh kerajaan pusat menaikkan harga gula untuk meningkatkan keuntungan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

azlan Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata kenaikan harga gula secara langsung akan

meningkatkan pendapatan Felda melalui pemilikannya dalam MSM Malaysia Holdings Bhd, iaitu cabang pengeluaran gula bagi Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Lim berkata, memandangkan MSM telahpun mencatatkan keuntungan sebanyak RM232 juta pada 2010, maka Felda mampu menyerap sebarang potongan subsidi oleh kerajaan.

Ini ekoran pengumuman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bahawa kenaikan RM0.20 harga gula sekilogram, akan menjimatkan kerajaan perbelanjaan RM116.6 juta setiap tahun.

“Apakah RM116.6 juta berbanding dengan RM232 juta keuntungan yang diperolehi MSM tahun lepas?

“Daripada melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya membantu rakyat Malaysia, terutama orang miskin, Felda akan memberi faedah daripada RM116.6 juta tambahan yang akan dibayar rakyat Malaysia,” kata Lim.

Lim berkata, kerajaan pusat, jika ia perlu, boleh memindahkan dengan mudah RM116.6 juta kepada Felda, yang dimilikinya.

Sebaliknya, tegas beliau, selaras dengan dasar sentrik korporat BN membantu syarikat kaya atas penderitaan rakyat miskin, maka BN memilih untuk membebankan 27 juta rakyat Malaysia, sedangkan syarikat korporat raksasa seperti Felda atau MSM, memperolehi keuntungan besar.

[Baca berita penuh]

ADS