Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham: Mahkamah akan dedah kebenaran isu video
Diterbitkan:  May 21, 2011 9:04 PM
Dikemaskini: 1:09 PM

Mahkamah akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

umno constitutional amendment committee meeting 061009 hishamuddin pc Beliau berkata ramai ingin mengetahui perkara sebenar mengenai video itu dan ada yang mempertikaikan kredibiliti pihak yang melakukan siasatan, namun pendedahan mengenainya tidak boleh dilakukan.

"Kita sudah belajar, apa yang kita buat, ia akan diputarbelitkan jika didedah terlalu awal.

"Orang ramai akan dipengaruhi oleh kempen-kempen yang tidak munasabah dan akhirnya kebenaran itu tenggelam kerana persepsi yang ditanam oleh pihak-pihak yang ada kepentingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Seremban di Padang Awam Taman Pelangi hari ini.

Hishammuddin berkata laporan mengenai siasatan itu telah dihantar kepada Peguam Negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS