Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jangan ragui status halal susu 1Malaysia'
Diterbitkan:  May 20, 2011 5:13 PM
Dikemaskini: 9:17 AM

Orang ramai tidak perlu meragui status halal susu UHT 1Malaysia kerana ia mematuhi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONE Beliau berkata bekalan susu itu, yang diimport dari Korea Selatan, mempunyai sijil halal Jakim selain sijil negara pengeksport.

Muhyiddin berkata bekalan susu untuk diedarkan ke sekolah-sekolah tidak mencukupi menyebabkan sebahagian darinya terpaksa diimport luar negara.

"Bagaimanapun orang ramai tidak perlu risau kerana Jakim terlebih dahulu mengeluarkan arahan agar syarikat pembekal susu ini memperoleh sijil halal sebelum membekalkannya. Jadi jangan risau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Baling/Sik di Pulai di Baling hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, diminta mengulas dakwaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Pendang, Shaharol Niza Omar baru-baru ini mengenai susu berkenaan, yang didakwa tidak mempunyai logo halal Jakim.

    

Mengenai biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Muhyiddin berkata kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin MCA bagi membincangkan isu kegagalan pelajar Cina mendapatkan biasiswa itu.

"Keputusannya biasiswa ini membabitkan Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan semua pemimpin parti komponen yang mewakili kaum masing-masing, keputusan dibuat mengikut formula ditetapkan.

"Apabila MCA membangkitkan semula perkara ini dan menyatakan ada pelajar Cina cemerlang gagal mendapat biasiswa, kita akan teliti semula," kata Muhyiddin.

Beliau berkata mana-mana pelajar yang memenuhi kriteria merit yang ditetapkan iaitu memperoleh semua A+ tetapi gagal memperoleh biasiswa JPA wajar diketengahkan untuk diteliti semula.

"Kementerian tidak ada masalah dalam soal memperuntukan biasiswa ini kepada mereka yang layak malah ibu bapa beranggapan anak mereka layak kerana memperoleh semua A sedangkan kriteria yang ditetapkan adalah A+ bukan A atau A-.

- Bernama

ADS