Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) sedia bersemuka dengan PERKASA jika kumpulan pendesak Melayu itu terbuka untuk berunding.

NONE Presiden MCCBCHST Rev Dr Thomas Philips berkata majlis pimpinannya sedia berjumpa dengan umat Islam atau mana-mana kumpulan yang berkongsi kebimbangan mereka dan sudi berdialog mengenai isu-isu sensitif.

Katanya, badan pemikir majlis itu juga mempelawa umat Islam supaya menghadiri aktiviti dan mesyuaratnya.

“Kami telah jelaskan bahawa kami sedia bersemuka dengan sesiapa... Saya telah berkata ketua PERKASA Ibrahim Ali, yang baru-baru ini berkata beliau sedia melancarkan Perang Salib ke atas masyarakat Kristian perlu berbincang,” katanya pada sidang media di Pulau Pinang hari ini.

“Hanya dengan bersemuka kita mampu mengatasi atau menanggalkan kebimbangan ke atas satu sama lain,” katanya.

Philips menjawab soalan sama ada majlis itu bersedia berbincang dengan masyarakat Islam berhubung aktiviti dan programnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS