Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

[GALERI FOTO]

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA hari ini meminta semua orang Melayu supaya bersatu dan tamnpil mempertahankan akhbar harian nasional Utusan Malaysia daripada asakan pembangkang.

NONE "(Jangan) fitnah dan menghina Utusan dan orang Melayu, PERKASA akan berada di situ. Ini amaran kepada semua... langkah mayat kami dulu,” jerit seorang penunjuk perasaan itu.

Beliau dan kira-kira 80 ahli PERKASA berkumpul di ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur bagi mempertahankan akhbar itu yang dibidas pelbagai pihak kerana mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Selepas berhimpun kira-kira 15 minit, kumpulan itu disertai oleh kira-kira 70 ahli Umno yang bergabung bagi meluahkan sokongan mereka kepada akhbar milik parti itu.

NONE Mereka turut membawa poster dan kain rentang yang tertera bahawa PERKASA sedia berjihad mempertahankan maruah agama, bangsa, tanah air dan Utusan sehingga titisan darah terakhir.

Dua memorandum menyokong Utusan kemudiannya diserahkan.

'Inilah Barisan Kita'

Penolong Ketua Pengarang II, Ahmad Abd. Hamid menerima memorandum itu daripada Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali dan disusuli oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.

Kedua-dua kumpulan berkemudian berarak sejauh 200 meter dengan melaungkan amaran supaya tiada pihak yang berani menganggu-gugat Utusan Malaysia .

NONE Kira-kira 30 anggota polis juga dikerahkan mengawal keadaan kerana bimbang pemuda PKR (AMK) yang sepatutnya berhimpun di tempat yang sama menyerang Utusan.

Bagaimanapun perhimpunan AMK itu yang bertujuan "menolak fitnah politik" oleh akhbar milik Umno itu ditunda ke tarikh baru.

Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata antara sebab utama pihaknya menunda bantahan itu kerana pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO meminta AMK memobilisasi anak muda dalam demonstrasi anti-Lynas yang juga berlangsung hari ini.

NONE Sambil menyanyikan lagu patriotik "Perajurit Tanahair" yang juga dikenali sebagai “Inilah Barisan Kita” berulang kali, anggota PERKASA dan Pemuda Umno kemudiannya bersalaman-salaman dengan pihak polis.

Mereka juga melaungkan "Hidup Melayu" dan "Hidup Utusan"  dan berarak walaupun hujan mula menitik.

Selain itu, jalan di hadapan ibu pejabat tersebut turut ditutup untuk laluan orang ramai selepas solat Jumaat bagi membendung kesesakan.

Takkan basi

Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

NONE Megat Firdaus selepas penyerahan memorandum itu berkata pemuda Umno tidak akan berbelah bagi akan mempertahankan Utusan Malaysia .

“Harus dilihat apabila ada pihak yang tidak bertangungjawab yang telah mencela and mencemuh Utusan dgn berbagai-bagai tomahan.

“Mereka harus ingat Utusan Melayu atau Utusan Malaysia ditubuhkan pada 1939. Ini  wadah yang telah menyatupadukan umat Melayu and seluruh rakyat Malaya pada ketika itu sehingga tertubuhnya Umno pada 1946 and merdeka pada 1957,” katanya.

Menurutnya lagi Utusan merupakan satu-satu akhbar yang telah menyatupadukan orang Melayu dan berjasa besar kepada negara.

NONE “Kami di peringkat Pemuda akan berhabis-habisan mempertahankan Utusan Malaysia .

“PKR, AMK atau sesiapa sajalah yang buta sejarah dan mencemuh Utusan, sema 700,000 ahli Umno akan mempertahankan. Kebenaran, sejarah dan penyedaran Utusan Malaysia ini banyak memberi kebaikan kepada rakyat bukan hanya dari segi context poltics tapi juga beri input pendidik,” katanya.

NONE Sementara itu, setiausaha agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali pula berikrar akan mempertahankan hak orang Melayu dan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Utusan Malaysia bagaikan sajian dan pakaian. Ia takkan basi sampai bila bila.

“Lebih baik PKR berhati-hati daripada terus menyerangnya, begitu juga pemimpin masyrakat yang lain. Lihat juga akhbar dan portal berita lain sebelum jadikan Utusan sasaran.

“Kami tak akan main main lagi ,” katanya.

[Baca berita penuh]

VIDEO | 5.56 min

ADS