Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Prasarana semak semula kriteria projek MRT
Diterbitkan:  May 20, 2011 3:15 PM
Dikemaskini: 7:20 AM

Syarikat Prasarana Negara Bhd menyemak semula kriteria prakelayakannya bagi pakej pembinaan kerja-kerja sivil, stesen dan depot bagi projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) Sungai Buloh-Kajang.

Kontraktor yang berminat kini boleh membentuk usaha sama atau konsortium di kalangan syarikat tempatan untuk membida pakej kontrak kerja itu.

public transportation 260706 star lrt Bagaimanapun, komposisi usaha sama atau konsortium itu tidak boleh melebihi tiga syarikat.

Setiap kontraktor hanya akan dibenarkan menyerahkan maksimum dua permohonan usaha sama atau konsortium, kata Prasarana dalam satu kenyataan.

Walaupun mereka dibenarkan membentuk dua usaha sama atau konsortium, kontraktor hanya dibenarkan memohon bagi kategori berbeza, kata syarikat itu.

"Prasarana memutuskan semakan semula prakelayakan tender bagi Kategori Terbuka (PKK 'A'/CIDB G7) dan Kategori Bumiputera (PKK 'A' Bumiputera/CIDB G7).

"Di bawah kriteria prakelayakan baharu, kontraktor yang berminat boleh membentuk usaha sama atau konsortoum di kalangan syarikat tempatan," kata syarikat itu.

azlan Ia juga berkata notis semakan semula prakelayakan akan dipamerkan selama lapan hari dari 20 Mei dan semua permohonan perlu diserahkan sebelum 6 Jun.

Notis semakan semula itu akan diiklankan di semua akhbar utama dan di laman web Prasarana, www.prasarana.com.my, manakala taklimat bagi kontraktor telah ditetapkan bagi 24 Mei di Kuala Lumpur. Venuenya akan diumumkan kelak.

Sementara itu, kontrak kerja di bawah pakej kerja depot dan stesen bertingkat termasuk kerja-kerja bangunan, kerja mekanikal dan elektrikal stesen, kerja bangunan pencawang kuasa, kemudahan letak kereta, sistem saliran bangunan depot, kelengkapan depot dan kerja-kerja landskap.

Kontrak kerja di bawah pakej kerja sivil pula termasuk kerja substruktur, struktur laluan dan galang bersegmen.  

NONE Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Shahril Mokhtar berkata keputusan mengenai semakan semula itu adalah semata-mata berasaskan kepada keperluan untuk mendapatkan lebih ramai kontraktor menyertai projek tersebut dan memastikan pembidaan projek KVMRT yang lebih kompetitif.

"Walaupun kami telah menyemak semula kriteria prakelayakan, Prasarana akan terus memastikan hanya kontraktor yang benar-benar layak dan cekap dipilih untuk membida pakej kontrak kerja itu.

"Kami akan mengkaji semula kontraktor berdasarkan kepada rekod prestasi mereka dan keupayaan kewangan," katanya.

Menurut kenyataan itu, tempoh pembinaan yang dirancang bagi cadangan laluan MRT Sungai Buloh - Kajang ialah dari 2011 hingga 2016. Apabila siap kelak, ia akan menyediakan perkhidmatan tren laju kepada 1.2 juta penduduk sepanjang  laluan tersebut.

Prasarana merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan bagi memudahkan dan mempercepat projek prasarana awam yang diluluskan oleh kerajaan.

- Bernama

ADS