Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kekalnya Hadi, dekatkah PAS dengan Umno?
Diterbitkan:  May 20, 2011 10:37 AM
Dikemaskini: 2:49 AM

Kekalnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS tanpa bertanding bagi tempoh 2011-2013 mencetuskan beberapa tafsiran menarik antaranya berkaitan isu perpaduan dengan Umno.

pas muktamar 55 agm assembly 050609 hadi awang Hakikat bahawa ahli parlimen Marang itu menang tanpa dicabar untuk menerajui PAS bagi tempoh tiga tahun akan datang menunjukkan kepimpinan beliau mendapat sokongan padu anggota akar umbi parti itu.

Namun, menarik juga untuk ditafsirkan bahawa sokongan padu kepada beliau, selain kerana gaya kepimpinan ulamanya, boleh jadi juga kerana anggota parti akar umbi ini turut mendokong pandangan Abdul Hadi yang ada pihak melihat sebagai cenderung kepada perpaduan dengan Umno.

Bolehkah dianggap bahawa mesej perpaduan ini sudah semakin dekat di hati anggota akar umbi PAS sebagaimana dekatnya mesej serupa di hati anggota dan pemimpin Umno, berlatar belakangkan masa depan Melayu dan umat Islam serta kepentingan utama negara?

NONE Kecenderungan Abdul Hadi kepada perpaduan yang disebutkannya pada Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam, pada Jun 2009 tentunya masih segar dalam ingatan penyokongnya ketika mengambil keputusan menentukan beliau menang tanpa bertanding.

Apapun bentuk perpaduan yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi, sama ada berupa kerajaan perpaduan atau perpaduan dalam erti kata memperbaiki pinggan yang retak supaya tidak sumbing apatah lagi terbelah, bukanlah persoalannya kerana banyak anggota PAS dan anggota serta pemimpin Umno juga melihatnya secara positif.

Berhenti berbalah

Malah Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan sudah bersingsing lengan dengan tekad untuk membawa PAS ke dalam BN demi perpaduan orang Melayu dan supaya orang Melayu berhenti berbalah sesama sendiri.

NONE Seorang anggota PAS yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Hamid berkata perpaduan itu jika diusahakan bersungguh-sungguh oleh kedua-dua pihak pasti boleh menjadi kenyataan kerana PAS sendiri pun pernah bersama Umno dalam BN dan memang boleh bekerjasama.

"Bekerjasamalah, bentuklah perpaduan yang boleh menjamin kepentingan bangsa tanpa meminggirkan kepentingan bangsa lain. BN merupakan landasan perpaduan nasional yang sangat baik dan sudah teruji," kata pula anggota Umno, Mohamed Yusuf, yang melihat sokongan kepada Abdul Hadi itu sebagai sokongan kepada usaha perpaduan Melayu.

sivamurugan pandian 210508 Dilihat daripada dalam parti pula, penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian berkata keputusan parti mengkekalkan Abdul Hadi dianggap sebagai keputusan sebulat suara dan ingin mengekalkan kepimpinan ulama menerajui parti Islam itu.

"Saya juga melihat bahawa pengalaman Abdul Hadi antara faktor beliau dikekalkan sebagai presiden parti walaupun sebelum ini kawasan Bukit Bintang mencalonkan Exco Kelantan Datuk Husam Musa bagi merebut jawatan itu," katanya ketika dihubungi Bernama .

Menyentuh soal pencalonan PAS kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan Husam, pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata ia mungkin lebih bermotifkan protes.

'Kumpulan Erdogan'

Katanya tentu ada anggota PAS kawasan itu yang mahukan pucuk pimpinan yang baru dengan mencalonkan seseorang daripada apa yang diistilah sebagai 'kumpulan Erdogan' mengambil alih teraju parti.

NONE "Saya percaya akar umbi tidak memilih kumpulan ini dan percaya akar umbi mahukan Abdul Hadi supaya matlamat PAS yang sebenarnya itu tidak terhakis selain untuk mengelakkan perpecahan dalaman PAS sendiri," katanya.

Penganalisis politik, Abdul Ghapa Harun pula berpendapat pemilihan Abdul Hadi oleh akar umbi disebabkan kekurangan anggota parti yang mempunyai ketokohan dan kematangan seperti presiden PAS itu.

"Kalau tengok daripada segi kepimpinan, belum ada tokoh yang boleh mengambil lih kedudukan presiden dan tidak ada pemimpin yang mampu menyatukan umpulan-kumpulan dalam parti.

sarawak election sibu dap ceramah 110411 hadi awang "Walau apapun tanggapan orang kepada Abdul Hadi, buat masa ini, khidmat beliau masih ditagih anggota parti," kata Abdul Ghapa yang juga pensyarah kanan usat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia UKM).

Beliau berkata jika sekalipun Abdul Hadi dicabar, lawannya itu mempunyai eluang tipis untuk menang kerana anggota PAS masih beranggapan bahawa sebuah arti Islam perlu ada imej 'tok guru'.

Katanya hala tuju PAS di bawah kepimpinan Abdul Hadi selepas ini tidak akan anyak berubah dan tetap akan memfokuskan kepada perjuangan bersifat agama.

- Bernama

ADS