Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Anwar tak terlibat Projek IC Sabah'
Diterbitkan:  May 18, 2011 7:18 PM
Dikemaskini: 11:23 AM

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Khalid Jaafar berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah terlibat dalam projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah suatu ketika dahulu.

NONE Khalid ( berdasi hitam ) berkata, ketua umum PKR itu tidak pernah memegang atau memangku portfolio Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab menguruskan pengeluaran kad pengenalan.

Bekas setiausaha akhbar Anwar itu sebaliknya mendakwa, beliau difahamkan, bekas timbalan menteri dalam negeri Tan Sri Megat Junid Megat Ayob dan ketua setiausaha negara ketika itu antara yang terlibat.

"Dan (urusan) dokumentasi melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lain-lain agensi yang semuanya bawah Kementerian Dalam Negeri.

"Jadi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menjadi Menteri Dalam Negeri dan tidak pernah memangku jawatan timbalan menteri dalam negeri," katanya.

NONE Sebelum itu, Dr Chong Eng Leong -- yang mendedahkan projek itu melalui bukunya Lest We Forget: Security and Sovereignty of Sabah --  ketika diajukan soalan sama meminta wartawan merujuk sendiri perkara itu kepada Anwar.

Ketika itu Anwar berada dalam kabinet yang dipimpin oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sidang media di ibu pejabat PRK di Petaling Jaya, Khalid berkata, menjadi amalan bahawa satu kementerian tidak boleh mencampuri urusan kementerian yang lain.

Khalid juga memberitahu sudah sampai masanya rakyat di semenanjung memahami betul-betul isu 'Projek IC' kerana berkemungkinan besar berjangkit ke semenanjung.

"(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) telah bersumpah akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun.

"Saya melihat modus operandi yang dilakukan di Sabah - melalui sindiket pemberian kerakyatan kepada warga asing - adalah cara yang paling berkesan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS