Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NUJ: Ganti PPPA dengan majlis media
Diterbitkan:  May 17, 2011 3:15 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mengulangi gesaannya kepada kerajaan supaya memansuhkan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA) dan digantikan dengan majlis media bagi memantau dan menyegarkan industri media cetak.

NONE Dalam satu kenyataan, setiausahanya, V Anbalagan berkata, NUJ berpandangan bahawa industri itu patut memutuskan halatujunya sendiri.

Akhbar, katanya, terpaksa bertahan selama lebih 27 tahun di bawah PPPA, sejak 1984, serta garispanduan lain dari Kementerian Dalam Negeri - semuanya tidak baik untuk industri tersebut.

Pemilik media cetak dibayangi kebimbangan bahawa lesen penerbitan tahunan mereka boleh ditahan atau dibatalkan, dan ini telah menyekat kebebasan bersuara dan maklumat.

Bagaimanapun, NUJ tetap dengan pendiriannya bahawa tiada akhbar harus dibenarkan mensensasikan atau menyiarkan berita tidak tepat yang mengakibatkan berlaku ketegangan antara rakyat pelbagai kaum, agama, bahasa dan budaya.

Oleh itu, bagi menggantikan peraturan tersebut, NUJ berpendapat penubuhan majlis media akan menggalakkan pemantauan diri oleh pihak industri berkenaan dan memastikan pihak akhbar mengamalkan kewartawanan beretika.

Malah, kata Anbalagan, paea 7 Julai tahun lalu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ,telah menggesa kerajaan untuk memulakan penubuhan majlis media bebas.

Katanya, kerajaan boleh menyediakan pembiayaan untuk majlis media tersebut, tetapi majlis itu perlu mengekalkan kebebasannya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS