Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis Pulau Pinang merakam kenyataan penulis blog Zakhir Mohamed berhubung tulisan dalam blognya yang mencetuskan isu 'konspirasi Kristian'.

Dipercayai ini adalah kali pertama Zakhir disoalsiasat oleh pihak polis berhubung tulisan tersebut, yang telah digunakan sebagai salah satu sumber dalam laporan muka depan Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu di bawah tajuk Kristian Agama Rasmi?

Lebih diketahui dengan nama penanya Big Dog, Zakhir memberitahu pemberita kemudian bahawa dia kebetulan berada di Pulau Pinang dan telah "dijemput" oleh pihak polis untuk "membantu siasatan".

Katanya,  polis mengambil masa kira-kira sejam untuk merakamkan kenyataan beliaunya, tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Saya minta maaf. Saya tidak dapat mendedahkan apa yang berlaku di dalam (tadi)," katanya kepada pemberita pada kira-kira jam 7.45 malam tadi.

Katanya, dua anggota ppolis hadir ketika dia disoalsiasat.

Sementara itu, sumber-sumber berkata sekumpulan pastor yang terbabit dalam pertemuan pada 6 Mei lalu, turut hadir di balai polis awal hari ini untuk disoalsiasat.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS