Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM: Kaedah guru naik pangkat bukan kerana p'raya
Diterbitkan:  May 16, 2011 8:37 PM
Dikemaskini: 12:38 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan kerajaan memberi lima kaedah kenaikan pangkat baru di bawah skim perkhidmatan guru dilakukan sepanjang masa dan bukan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

    

Beliau, yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha kerajaan untuk menambahbaik skim perguruan akan diteruskan sebagai kesinambungan kepada keperluan transformai kecemerlangan perkhidmatan berkenaan.

    

"Boleh kita tekan bahawa perkhidmatan perguruan di negara ini mendapat layanan yang adil," katanya kepada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Guru 2011, peringkat kebangsaan ke-40 di Kuching hari ini.

    

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi tumpuan istimewa kepada profesion perguruan walaupun negara sedang mengawal defisit kewangan.

    

Katanya pengumuman Najib melalui tayangan rakam video pada majlis bertema "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" itu adalah satu berita yang amat baik bagi warga pendidik.

- Bernama

ADS