Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Husam: Ancam perang salib bukan jihad 'tulen'
Diterbitkan:  May 16, 2011 4:47 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Slogan jihad dan ancaman perang salib yang digemparkan oleh presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali bukanlah bentuk jihad "tulen" yang dituntut Islam, kata exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

husam musa bangsar 080408 left Husam berkata, PERKASA tidak sepatutnya menyalahgunakan slogan jihad seperti itu, lebih-lebih lagi berhubung isu yang samar dan berunsur fitnah.

"Islam tidak mengizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini," kata Husam ketika mengulas kenyataan Ibrahim yang mendakwa masyarakat Kristian "mencabar posisi, kedaultan orang Melayu Islam”

Kenyataan Ibrahim yang diucapkan dalam satu ceramah pada hujung minggu lalu adalah berhubung satu dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Dakwaan berkenaan dilaporkan pada 2 Mei lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia . Susulan laporan itu, akhbar berkenaan dikenakan surat teguran oleh Kementerian Dalam Negeri atas laporan yang disifatkan "menggemparkan fikiran rakyat."

Mengulas lanjut, Husam berkata PERKASA juga tidak dibangunkan di atas ajaran Islam yang syumul (menyeluruh), malah "tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih," kata Husam lagi.

utusan malaysia kritsian agama rasmi Dalam satu kenyataan hari ini, Husam juga berkata, keadaan itu ditunjukkan melalui tindakan PERKASA yang didakwa hanya menggunakan "isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak."

"PERKASA sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara (terhadap) amalan seperti rasuah, kehilangan kedaulatan undang-undang, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan Umno/BN selama ini.

"Sebagai contoh, di manakah PERKASA apabila Presiden MCA selaku rakan utama Umno dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam?," soalnya.

Husam juga berkata, PERKASA boleh menguatkan Islam melalui dasar dan amalan yang selari dengan Islam dan bukannya dengan kenyataan berapi-api semata-mata.

ibrahim ali kerdau bn ceramah "Jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh Umno/BN adalah lebih utama diperbetulkan," katanya lagi.

Tambahnya, ahli parlimen Pasir Mas tersebut juga perlu mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada PAS memandangkan Ibrahim bertanding bagi kerusi berkenaan pada 2008 atas tiket PAS.

"Orang yang hendak berjihad adalah wajib membayar hutang terlebih dahulu kerana roh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit. Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai hutang Datuk Ibrahim Ali," kata Husam lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS