Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pihak dakwa K'tan rampas tanah akan disaman'
Diterbitkan:  May 16, 2011 4:05 PM
Dikemaskini: 8:17 AM

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan pihak yang menuduh kerajaan PAS Kelantan merampas tanah rakyat bagi membangunkan projek Ladang Rakyat.

pas muktamar 130610 nik abdul aziz nik mat 1 Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata hakikatnya kerajaan PAS Kelantan tidak pernah merampas tanah dan kerajaan hanya membangunkan projek ladang rakyat itu di atas tanah kerajaan negeri.

"Kami mana boleh ambil tanah rakyat. Tanah Rakyat adalah tanah yang ada geran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program hari himpunan anggota koperasi peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan Berhad, di Tumpat, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan ratusan anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Kelantan yang mengadakan perhimpunan bagi membantah berhubung dakwaan penyelewengan projek ladang rakyat di hadapan kompleks kerajaan negeri di Kota Darul Naim di Kota Bharu.

ladang rakyat demo, kota bharu, kelanatan Perhimpunan yang berlangsung selama sejam itu bermula pada pukul 9.30 pagi disertai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK), Majlis Belia Kelantan, Majlis NGO Negeri Kelantan, Belia 4B dan Pemuda Umno Kelantan dan penduduk Orang Asli di Gua Musang yang mendakwa kehilangan tanah mereka akibat projek itu.

Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak menghalang jika ada pihak mengadakan demonstrasi tetapi kesal dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang berdemonstrasi kononnya kerajaan merampas tanah rakyat.

ladang rakyat, kelantan Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob menjelaskan sehingga kini 50,000 hektar tanah di negeri Kelantan telah dibangunkan untuk projek ladang rakyat.

"Projek itu melibatkan 4,500 peserta dengan 10 buah syarikat dilantik untuk membangunkan kawasan projek itu dan hasil keluaran ladang rakyat sejak 2006 sehingga sekarang adalah RM49 juta," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS