Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda jangan terpengaruh dakyah - Ahmad Maslan
Diterbitkan:  May 14, 2011 4:35 PM
Dikemaskini: 11:40 AM

Anggota Pemuda Umno diingatkan agar tidak terpengaruh dengan dakyah disebarkan pembangkang yang memburukkan nama baik pemimpin negara.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata anggota Pemuda perlu mengkaji terlebih dahulu dan menilai secara bijak setiap dakwaan pembangkang yang menabur fitnah semata-mata untuk mencalar nama baik pemimpin negara.

NONE "Negara akan pincang sekiranya anggota Pemuda Umno terlalu mudah terpengaruh dengan cerita tidak benar yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab bagi meraih sokongan rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Pekan, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhamad dan Ketua Pemuda Umno Pekan Mohammad Jefree Wahab. 

Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Pemuda Umno Pekan seharusnya berbangga dan merasa bertuah kerana dapat berdiri di belakang Ketua Umno Bahagian Pekan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memiliki pengalaman luas dalam bidang politik.

Beliau berkata dalam tempoh singkat, Perdana Menteri telah berjaya melakukan pelbagai perubahan dan kemajuan yang diperlukan rakyat di setiap peringkat.

--Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS