Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno sasar menang 30 kerusi DUN Selangor
Diterbitkan:  May 13, 2011 8:04 PM
Dikemaskini: 12:09 PM

Umno Selangor sudah bersedia menawan balik negeri Selangor dengan menyasarkan BN memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 ini.

NONE Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata UMNO dan BN mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi pilihan raya umum itu dan yakin dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat negeri itu untuk memilih semula BN.

"Kita sudah bersiap sedia seolah-olah esok pilihan raya dan kita beri tumpuan penuh pada kawasan 'putih' dan 'kelabu' di Selangor yang kita yakin beroleh kemenangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, hari ini.

Ketika ini, jumlah kerusi dalam DUN Selangor ialah 56 dengan Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi manakala BN sebanyak 20 kerusi dan seorang ADUN bebas.

NONE Beliau berkata rakyat Selangor kini sudah mula melihat banyak kepincangan yang berlaku dalam kerajaan negeri di mana banyak janji-janji pilihan raya umum lalu masih belum dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu.

Mengulas program Gelombang Merah oleh UMNO Kelantan, Noh yakin program itu dapat mengembalikan semula Kelantan kepada BN pada pilihan raya umum nanti berdasarkan kepada sambutan rakyat terhadap program tersebut.

NONE Sementara itu, Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata semua kawasan Parlimen di seluruh negara kini mendapat peruntukan khas sebanyak RM100,000 bagi membantu golongan petani kecil.

"Saya serahkan peruntukan ini kepada semua Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen untuk mereka melaksanakan projek-projek kecil pertanian bagi membantu petani," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS