Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa kumpulan pemimpin Kristian yang menemui perdana menteri semalam "diletakkan dalam kandang tertuduh" dan dipaksa menjelaskan pendirian mereka mengenai agama rasmi negara ini, Islam.

NONE "Mengapa mereka perlu membuat penjelasan sedangkan mereka

tidak pernah pun mempersoalkan agama rasmi negara ini?" soalnya alam satu sidang media di Komtar hari ini, sambil mendakwa kumpulan tersebut "telah dijadikan mangsa".

"Tidak ada orang Kristian yang pernah mempersoalkan Islam, malah tidak ada orang Kristian yang mahu melantik perdana menteri Kristian," tambah Lim.

Bercakap selepas pertemuan di Putrajaya semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan pemimpin Kristian telah memberi pengakuan bahawa mereka menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan tiada hasrat mencabar peruntukan itu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perdana menteri juga dilaporkan berkata kumpulan pemimpin itu turut memberi pengakuan untuk bekerjasama memupuk keamanan dan keharmonian terutama antara agama supaya Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman dan sejahtera.

utusan malaysia, malaysia negara kristian Sebaliknya, Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, Najib yang sepatutnya perlu menjelaskan mengenai laporan muka depan Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu yang mendakwa DAP berpakat dengan sekumpulan pastor untuk menubuhkan satu negara Kristian.

Laporan tidak berasas itu dipetik dari dua blog pro-Umno dan menyebabkan beberapa laporan polis dibuat terhadap DAP dan pastor.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS