Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakar undang-undang perlembagaan terkemuka Abdul Aziz Bari meragui kesahan atau kesahan cadangan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) supaya rang undang-undang berkaitan  Islam tidak dibahaskan di Parlimen.

NONE Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mencadangkan

demikian dalam temubual yang disiarkan di Utusan Malaysia semalam yang memetik Artikel 11(3) perlembagaan yang memperuntukkan hak untuk menguruskan sendiri hal-ehwal agama, sejajar dengan undang-undang.

Ini, kata Zainul Rijal, ialah supaya "bukan Islam tidak campurtangan dalam hal ehwal Islam".

Bagaimanapun, Abdul Aziz (kiri) berkata, manakala artikel tersebut, secara umumnya, menjamin pengamal semua agama hak untuk mengendalikan sendiri urusan mereka, tetapi ia tidak membenarkan ekslusiviti seumpama itu bila membabitkan kelulusan undang-undang.

"Penggubalan undang-undang adalah sesuatu yang menjadi milik negara, maksud saya wakil rakyat, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan - kuasa tunggal untuk menggubal undang-undang," tegasnya.

Aziz berkata, perkataan sebenar artikel 11(3) apabila ia menyebut "hal-ehwal agama" hanya menyentuh penubuhan dan pengurusan institusi keagamaan dan kebajikan serta pemilikan dan pentadbiran harta.

Tidak disebut mengenai undang-undang atau perundangan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS