Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA: Memandai-mandai andaikan Utusan bersalah
Diterbitkan:  May 13, 2011 2:05 PM
Dikemaskini: 6:59 AM

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata adalah tindakan memandai-mandai bagi mengandaikan laporan Utusan Malaysia yang bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” sebagai salah sedangkan siasatan masih dijalankan.

Katanya, walaupun MCA hari ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya mengeluarkan surat teguran terhadap akhbar milik Umno itu, namun cara yang betul menangani isu berkenaan ialah dengan membiarkan siasatan diteruskan.

NONE Pada sidang medianya  di ibu pejabat MCA, Chua berkata polis sewajarnya  meneruskan siasatan berhubung laporan yang menggemparkan fikiran orang ramai itu.

“Saya fikir polis mesti siasat untuk menentukan sama ada laporan itu benar. Jika tidak, mereka yang bertanggungjawab terhadap artikel itu dan editor berkenaan harus digantung tugas.

“Jadi, kita tidak tahu lagi, bagaimana awak begitu yakin bahawa apa yang disiarkan (oleh Utusan) itu tidak betul? Jika betul, mereka yang bertanggungjawab (terhadap konspirasi itu) mesti disiasat dan didedahkan.

“Kita memandai-mandai mengandaikan seseorang itu bersalah, kita tidak tahu apa-apa lagi,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan tidak bertolak ansur dalam menegakkan keadilan dan juga menyampaikan mesej yang jelas kepada rakyat bahawa tidak ada tempat bagi pihak yang mempolitikkan agama.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS