Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Hakim tunggal Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan semakan kehakiman bagi kes pita Lingam berkata, panel lima anggota suruhanjaya diraja (RCI) yang mendengar inkuiri tersebut, tidak melangkaui bidangkuasanya dalam mengesyorkan tindakan diambil terhadap peguam kanan berkenaan dan dua bekas ketua hakim negara.

NONE Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, dalam penghakiman bertulisnya bertarikh 4 Mei, menyatakan bahawa syor-syor RCI tidak termasuk dalam makna “keputusan”, dan memutuskannya sebagai “hasil penemuan” yang tidak boleh disemak semula.

Dalam penghakimannya,  beliau berkata, hakim Mahkamah Tinggi betul di segi undang-undang dalam menolak memberi kebenaran yang dipohon oleh perayu mengikut Perintah 53 aturan 3 (1) Peraturan Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakiman setebal 32 halaman itu, beliau berpandangan bahawa Hakim Datuk Abdul Kadir Musa betul dalam keputusannya bahawa penemuan RCI tidak tertakluk kepada semakan semula kehakiman, kerana penemuan tersebut bukan 'keputusan' untuk tujuan Perintah 53 aturan 3(4) Peraturan Mahkamah Tinggi.

azlan Pada 24 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan dalam

penghakiman 2-1, memberi kebenaran kepada peguam Datuk VK Lingam dan bekas hakim negara - Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim - untuk menyemak semula penemuan RCI itu.

Hakim Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, yang mengetuai panel tiga hakim itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim, juga mengarahkan Mahkamah Tinggi mendengar alasan permohonan semakan tersebut, manakala Hishamudin menolaknya.

Tiada alasan diberikan bagi penghakiman mereka sehinggalah Hishamudin menulis penghakimannya bulan ini. Dua orang lagi hakim belum membuat penghakiman bertulis berhubung alasan bagi keputusan majoriti tersebut.

Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini - telah sebulat suara memberi kebenaran kepada RCI merayu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff bersama dengan Hakim, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Datuk Abdull Hamid Embong, membenarkan permohonan RCI, yang diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Azizah Nawawi.

Panel itu juga membenarkan satu persoalan undang-undang, sama ada penemuan RCI, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Inkuiri 1950, boleh disemak semula di bawah Perintah 53 Peraturan Mahkamah Tinggi 1980'.

Bagaimanapun, tarikhnya masih belum ditetapkan untuk mendengar rayuan tentang keputusan penting ini di Mahkamah Persekutuan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS