Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekumpulan aktivis PSM dan NGO hari ini berhimpun di hadapan bangunan Kementerian Sumber Manusia bagi menuntut agar kerajaan menghormati sambutan Hari Pekerja.

NONE Kumpulan seramai kira-kira 30 orang itu menuntut supaya kerajaan tidak menghalang pekerja daripada merayakan sambutan oleh masyarakat pekerja seluruh dunia itu.

Setiausaha agung PSM S Arutchelvan yang mengetuai anggota parti dan juga aktivis NGO itu turut membidas tindakan kerajaan yang didakwanya bersikap "hipokrit" kerana tidak membenarkan perhimpunan diadakan bagi sambutan Hari Pekerja.

Sedangkan, Malaysia merupakan ahli dalam Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO), kata Arutchelvan lagi.

may day march 010511 02 "Kita mahu memberitahu bahawa kita sudah bosan. Dalam akhbar dan televisyen ditunjukkan pekerja berarak di seluruh dunia. Mereka digambarkan OK.

"Tetapi setiap kali hari pekerja (di Malaysia) kita dihalang oleh polis dan FRU untuk merayakan hari pekerja," katanya lagi dalam sidang media sebelum menyerahkan satu notis bantahan kepada kementerian itu di Putrajaya.

Arutchelvan merupakan salah seorang daripada 18 orang yang ditahan dalam satu perhimpunan meriah sempena sambutan Hari Pekerja di ibu negara pada 1 Mei lalu.

Mentaliti perang dingin

Sehubungan itu, beliau turut membidas tindakan polis yang menghalang dan menahan peserta yang hadir dalam sambutan berkenaan.

NONE Walhal, pihaknya sebelum itu telah memaklumkan kepada polis berhubung program yang akan dijalankan pada hari tersebut, kata Arutchelvan lagi.

Dalam nada yang sama, memorandum berkenaan turut menggesa kerajaan supaya tidak lagi menghalang perhimpunan dan perarakan sambutan Hari Pekerja.

"Kerajaan harus keluar dari mentaliti perang dingin dan melihat sambutan Hari Pekerja sebagai positif untuk demokrasi di negara ini," memorandum itu dipetik.

Dalam nada yang sama, memorandum itu menuntut kerajaan supaya memberi arahan khusus kepada pihak polis untuk menghormati dan tidak menghalang hak demokrasi dan kebebasan berhimpun pada hari sambutan berkenaan.

may day march 010511 police watch sit in at suhakam "Malah polis harus dikerah untuk memastikan masalah lalulintas dapat diatasi," menurut memorandum itu lagi.

Selain itu, kumpulan berkenaan turut menuntut agar kerajaan mengiktiraf 1 Mei sebagai cuti wajib dan memastikan rakyat mempunyai hak untuk menyambutnya.

"Hari Pekerja adalah hari kaum pekerja dan rakyat untuk mengutarakan tuntutan mereka. Kerajaan harus maklum dengan semua isu yang diutarakan oleh kaum pekerja dan cuba mengatasinya," menurut memorandum itu lagi.

may day march 010511 03 Tuntutan dalam memorandum itu turut dibacakan oleh penyelaras Jawatankuasa Satu Mei, KS Bawani kepada setiausaha akhbar kepada menteri sumber manusia, B Sivam yang menerima memorandum berkenaan lobi bagunan kementerian itu.

Sebelum itu, kumpulan itu berkenaan turut berhimpun di hadapan bangunan kementerian dengan membawa kain rentang dan poster bantahan, yang antara lainnya membawa mesej "Kerajaan hormati hak rakyat untuk sambut Hari Pekerja" dan "Kerajaan Malaysia, jangan anti Hari Pekerja".

Dalam perhimpunan selama lebih setengah jam itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan antaranya "Jangan Halang Hari Pekerja" dan "Hari Pekerja Hak Rakyat."

VIDEO | 5.28 mins


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS