Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hata: Editor Utusan wajar dikenakan ISA
Diterbitkan:  May 12, 2011 10:49 AM
Dikemaskini: May 13, 2011 1:55 AM

Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari mencadangkan pengarang berita yang tidak mengamalkan etika kewartawanan dalam menyampaikan isu semasa didakwa di mahkamah atau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

utusan malaysia kritsian agama rasmi Ini kerana, menurut beliau berita-berita yang mengandungi unsur fitnah dan hasutan dengan mudah boleh membakar sentimen rakyat yang akhirnya menjejaskan keharmonian negara.

"Sebenarnya tindakan lebih keras patut diambil dan memastikan editor yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran berita-berita tersebut, bukan sahaja didakwa di mahkamah atas Akta Fitnah tetapi patut ditahan di bawah Akta ISA kerana cuba mencetuskan pergolakan perkauman dan keagamaan di negara kita," katanya dalam wawancara dengan TV Selangor .

Hata yang juga wartawan kanan Utusan Malaysia yang dipecat baru-baru ini mengulas laporan muka depan akhbar milik Umno itu, Sabtu lalu yang menyiarkan artikel bertajuk "Kristian agama rasmi?" yang menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Bagaimanapun sehingga ke hari ini tiada sebarang bentuk tindakan dikenakan atau diambil ke atas Utusan , mahu pun blogger terbabit.

NONE "Saya menyokong tindakan kerajaan Pulau Pinang agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap Utusan atas laporan yang tidak bertanggungjawab dan mengenepikan prinsip-prinsip kewartawanan itu sendiri," kata Hata.

Malah menurut beliau, bukan sahaja kerajaan Pulau Pinang yang meminta KDN mengambil tindakan terhadap Utusan , tetapi banyak lagi pihak lain termasuk NUJ akan berbuat demikian.

Ini kerana katanya, tindakan Utusan itu adalah melampau dengan kerap bermain dengan isu agama dan perkauman.

Hata: Najib tetapkan agenda Utusan

Jelasnya lagi, Utusan kini semakin jelas tersasar daripada landasan yang sepatutnya dalam memberi informasi yang berguna kepada rakyat, sebaliknya pula meniup api kemarahan rakyat dengan memainkan isu-isu sensetif sebegini.

NONE "Kita mempersoalkan bagaimana sebuah akhbar bertindak sebagai tidak bertanggungjawab dan mengenepikan kepentingannya kepada orang ramai?

"Sekiranya KDN terus diam membisu tanpa mengambil tindakan tegas terhadap Utusan maknanya mereka sebenarnya menyokong apa-apa tindakan yang dilakukan oleh editor-editor Utusan ini," katanya lagi.

Sementara itu, portal berita Free Malaysia Today (FMT) memetik Hata berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Dakwa bekas wartawan kanan Utusan itu, ketua pengarang yang ada sekarang akan menerima arahan daripada mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

azlan FMT melaporkan bahawa selain Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan juga hadir.

Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada ketua pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri.     


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS