Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP tegas, perakui Islam agama rasmi persekutuan
Diterbitkan:  May 8, 2011 8:58 PM
Dikemaskini: May 9, 2011 12:30 AM

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menafikan pembabitan parti itu dengan sebarang agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.

NONE Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa DAP mendukung Perlembagaan Persekutuan termasuk memperakui Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Beliau berkata dakwaan kononnya DAP ingin mewujudkan negara Kristian adalah fitnah dan berniat jahat.

"Saya ingin mengulangi pendirian DAP... kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita di Georgetown.

utusan malaysia kritsian agama rasmi Sementara itu, laporan polis terus dibuat terhadap Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi-paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lepas.

Enam laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno Tanjung, Jelutong, Bayan Baru, Bukit Gelugor, Balik Pulau, dan Bukit Mertajam itu dibuat di Balai Polis Jalan

Patani, di Georgetworn kira-kira pukul 2.30 petang.

Selain itu, satu lagi laporan polis dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin di balai polis yang sama terhadap Lim berhubung kenyataannya dalam laporan akhbar yang mendakwa Umno dan Barisan Nasional sengaja menimbulkan isu berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS