Kontroversi pembinaan pusat nadir bumi di Lynas di Gebeng, Pahang tidak akan dibuka lama sekiranya memulakan operasinya mengikut jadual.
Hew Yoon Tat ( kiri ) - yang menggerakkan kempen antiradionaktif untuk projek nadir bumi pertama di Malaysia di Bukit Merah, Perak sejak 1980 - percaya pembinaan loji baru tidak akan mendapat sokongan awam.
"Saya rasa projek Lynas akan diteruskan, kerana sudah ada kontrak. Berapa lama ia bertahan, itu persoalan lain..
"Lynas mungkin berakhit seperti Bukit Merah, kerana orang ramai membantahnya," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di rumahnya di Bukit Merah.
Mengingati pengalamannya mengepalai bantahan terhadap kilang Asian Rare Earth (ARE) di bandar itu, Hew melihat sukar menyeimbangkan kepentingan perniagaan dan kerajaan dengan kehendak awam yang terpaksa mengharungi risikonya.
Dalam kes ARE, tambahnya, penduduk setempat tidak mudah bersetuju dengan tahap keselamatannya ekoran "panel pakar" kedua-dua pihak membuat kesimpulan yang saling bertentangan.
Panel yang dibentuk penduduk mendapati kilang itu menjejaskan kesihatan orang ramai manakala panel kerajaan dan pengusahanya Mitsubishi Chemical mendapati ia selamat.
Lelaki 68 tahun itu masih amat ragu dengan keputusan kerajaan untuk membentuk panel bebas antarabangsa untuk mengkaji projek Lynas yang disifatkannya bertujuan mententeramkan ketakutan terhadap keracunan radioaktif.
[Baca berita penuh]