Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kementerian Dalam Negeri menolak penggunaan perkataan "rakyat" bagi akhbar harian Utusan Rakyat yang dipohon.

NONE Wakil daripada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran memberitahu perkara itu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari dalam pertemuan di Putraja hari ini.

"Kementerian bimbang nama yang dicadangkan harian itu akan mengelirukan orang awam," kata Hata ( kanan ) dalam sidang media selepas mesyuarat itu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka yang merupakan orang penting di belakang penerbitan itu berkata, mereka akan mendesak untuk kekal dengan nama asal yang dicadangkan itu.

Nurul Izzah yang juga anggota parlimen Lembah Pantai berpendapat, rakyat patut mendapat penghormatan.

NONE "Nama itu (rakyat) sebahagian daripada jatidiri kamu," kata Nurul Izzah ( kiri ) sambil bertanya pemberita apa perasaan mereka sekiranya terpaksa menukar nama untuk penerbitan masing-masing.

Hata pula berkata, beliau menjelaskan kepada kementerian bahawa nama itu mewakili "jiwa" penerbitan itu yang berniat mengetengahkan peranannya yang prorakyat.

"Tanpa perkataan rakyat, ia tidak menggambarkan perkara itu. Jadi apa yang kita perlu gelarnya?

Utusan

aaa, atau Utusan tut,” katanya sambil berjenaka.

VIDEO | 6.44 min

[Baca berita penuh]

ADS