Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Adalah tidak mungkin bagi Teoh Beng Hock mencangkung di belebas tingkap dan melompat keluar, kata laporan seorang pakar pada keterangannya kepada Suruhajaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.

azlan Dalam laporannya, Profesor Sallehuddin Muhamad, dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata kesimpulan itu adalah berdasarkan beberapa rumusannya yang melakonkan semula cara-cara kemungkinan Teoh jatuh.

Katanya, terdapat sembilan kemungkinan.

"Mencangkung di birai tingkap dan melompat keluar tidak mungkin kerana saiz tingkap yang terbuka itu. Kepala mangsa akan terhantuk panel tingkap jika beliau melompat dari kedudukan itu,” kata Sallehuddin dalam laporannya.

NONE Sallehuddin, yang mengkhusus dalam siasatan kemalangan kapalterbang dibawa oleh penyisat persendirian yang dilantik RCI, iaitu Michael Leslie Squires selepas suruhanjaya berkenaan mengarahkan lakonan semula kemungkinan kejatuhan itu melalui animasi komputer pada Februari lalu.

Katanya, suruhanjaya tersebut melawat lokasi kejadian pada Mac lalu dengan diiringi oleh beberapa anggota Jabatan Kimia dan pegawai polis.

Tolakan ke bawah

Katanya, berdasarkan analisis itu berkemungkinan bahawa Teoh jatuh dari tempat tinggi selepas keputusan menunjukkan tiada sebarang kesan halangan udara yang berlaku kerana tolakan secara melintang dan tolakan ke bawah dari ketinggian tiga meter.

NONE Beliau berkata, kejadian itu juga berkemungkinan Teoh yang duduk di birai tingkap dan berkemungkinan jatuh dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.

"Sekiranya Teoh dalam keadaan itu, mustahil Teoh boleh terjun dengan laju berdasarkan bukaan tingkap yang kecil dan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat pada panel tingkap" katanya ketika disoal oleh Pegawai Pengendali, Amarjeet Singh.

Beliau yang juga pakar penyiasat dalam kemalangan yang membabitkan pesawat udara, berkata keadaan tolakan secara melintang berlaku boleh dikategorikan sebagai membunuh manakala keadaan sekiranya Teoh jatuh secara jatuhan bebas, dikategorikan sebagai bunuh diri.

Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

azlan Suruhanjaya itu dianggotai Hakim Mahkamah Tingi, Tan Sri James Foong, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS