Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PKR hari ini mengemukakan beberapa keping gambar bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa Bukit Aman terbabit dalam beberapa siri ceramah untuk menyebarkan 'pembohongan' dan 'fitnah' terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelantan.

NONE Pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali mendakwa pegawai polis di peringkat nasional bertindak sebagai "agen politik" untuk Umno.

Menurut Azmin ( kanan ), program itu - berjudul 'Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini' - dilangsungkan di beberapa tempat di di Kelantan yang mensasarkan penyertaan guru dan pengetua sekolah.

Seramai 2,000 pegetua dan guru dikatakan terlibat.

Azmin menambah, seorang daripada penceramah merupakan pegawai polis kanan berpangkat SAC, Abdul Rahman Ismail yang merupakan ketua penolong pengarah dalam unit sekretariat dan penyelidikan Bukit Aman.

NONE Dengan pendekatan sebegitu, Azmin mendakwa Abdul Rahman menjadi seorang daripada "agen fitnah untuk bercakap tentang isu liwat dan seks".

"Dia dakwa Anwar bersalah dalam kes liwat dan video seks," dakwa Azmin sambil menyifatkan penglibatan polis sebagai penyalahgunaan kuasa oleh Umno.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS