Peguam kepada remaja 23 tahun, Yong Vui Kong yang bakal menghadapi hukuman bunuh di Singapura kerana terlibat dalam pengedaran dadah mengemukakan rayuan segera kepada pihak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Permohonan itu dikemukakan M Ravi ( kanan ) dan NGO yang berpengkalan di London Harm Reduction International dengan menyertakan kandungan terperinci kes itu dan kenapa Yong patut diberikan peluang kedua.
Surat yang dihantar kepada PBB pada minggu lalu turut menyatakan pelbagai pendirian berhubung hukuman bunuh dan kenapa ia perlu dihentikan.
Dalam rayuan itu, Ravi berkata, umur Yong dan keadaan peribadinya patut diambil kira sebelum menjatuhkan hukuman bunuh mandatori yang menjadi dasar negara itu.
Katanya, hukuman bunuh mandatori itu tidak harus ditangan berbeza dengan kritikan PBB sebelum ini, antaranya dalam Jawatankusa Hak Asasi dan Mahkamah Hak Asasi Antara-Amerika yang disertai NGO dan banyak mahkamah di seluruh negara.
Lagi pun, kesalahan dadah tidak mencapai standard 'jenayah paling serius' seperti ditetapkan PBB sendiri, dakwa Razi.
"Badan antarabangsa memberi perhatian bersungguh-sungguh untuk mengehadkan keadaan untuk hukuman bunuh dilaksanakan secara undang-undang," katanya melalui e-mel kepada Malaysiakini.