Seorang lagi tokoh agama Dr Mohd Azri Zainul Abidin mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah menafikan beliau bukanlah pelaku dalam video seks seperti didakwa.
"Saya tidak bersetuju Dato T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mndedahkan keaiban orang lain.
"Tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berikut kenyataan penuh bekas mufti Perlis itu:
Saya tidak bersetuju Dato T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain. Tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja.
Jika beliau tidak salah, apa yang hendak dirisaukan? Ya, bukan satu paksaan, atau kewajiban, tetapi dapat menghilangkan sangkaan.
Sumpah bukan semestinya di mahkamah. Sumpah di mahkamah ada babnya. Sumpah luar mahkamah ada babnya. Jika isteri suruh suami sumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah mengghukum jika suami bersumpah dia tidak buat, dan memang dia tidak buat.
Sumpah macam itu dapat menghilangkan perbalahan.
Namun saya nak tegaskan cara politik kita memang sudah jijik dah kotor. Isu aib peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Jika kita usah layan puak-puak ini pun patut.