Polis menahan sekurang-kurangnya 13 orang sebelum sempat mereka berdemonstrasi bagi menuntut pembebasan aktivis hak asasi manusia China Ai Wei Wei sebelum ketibaan perdana menteri negara itu, Wen Jiabao di Universiti Malaya.
Penunjuk perasaan yang menyelinap di kalangan pelajar Universiti Malaya di luar Dewan Tuanku Canselor di kampus berkenaan sambil membawa kain rentang berbunyi 'Selamat datang PM Wen'.
Kira-kira 10 anggota polis termasuk mereka yang tidak berpakaian seragam mengepung kumpulan itu dan menahan mereka setelah mengarahkan mereka menanggalkan baju kerana di dalam mereka memakai kemeja putih kumpulan berkenaan.
Kemeja T yang dipakai tertera perkata ‘Bebaskan Wei Wei'.
Ramai yang enggan beredar dan mendakwa tidak ada salah bagi mereka hanya duduk di situ. Ini menyebabkan berlaku pertengkaran kecil dan polis kemudiannya bertindak mengheret mereka.
Pegawai polis enggan mengulas apabila ditanya mengapa kumpulan berkenaan dibawa ke lokasi lain dengan trak polis.
Sebaik kenderaan polis beredar, Wen tiba untuk menghadir majlisnya itu.
Sementara itu, pertubuhan hak asasi manusia, Suaram mengesahkan penyelarasnya, Yap Heng Lung, yang memantau demonstrasi itu turut ditahan polis.
Dalam kenyataan medianya, Suaram berkata 15 orang ditahan dan sedang disoal di Balai Polis Jalan Pantai, Kuala Lumpur.
Dua daripada mereka yang ditahan itu adalah ahli Fa Lun dan mendaftar sebagai status pelarian UNHCR. Mereka dikenali sebagai Li Ming dan Li Xiu Ping.
[Baca berita penuh]