Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA tubuh Briged Setia Negara dalam RELA
Diterbitkan:  Apr 27, 2011 11:24 AM
Dikemaskini: 3:58 AM

Pertubuhan pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah memperluaskan lagi peranan dalam perjuangan politiknya dengan menubuhkan unit khas - Briged Setia Negara - dalam Ikatan Relawan Rakyat (RELA), yang ekslusif untuk anggotanya.

NONE Penyelaras PERKASA, Zainuddin Salleh memberitahu Komunitikini

bahawa briged tersebut ditubuhkan oleh ketua PERKASA Selangor, Abdullah Mansor Disember tahun lalu.

“Satu kelulusan diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri pada Disember tahun lepas untuk penubuhan briged tersebut," dakwa Zainuddin.

"Briged itu ditubuhkan eksklusif untuk anggota PERKASA Selangor," tambahnya.

Katanya, mereka yang menyertai PERKASA akan ditawarkan pilihan untuk menganggotai Briged Setia Negara.

NONE Lamanweb PERKASA Selangor menunjukkan penubuhan briged tersebut diumumkan kepada anggotanya dalam satu majlis baru-baru ini.

Briged tersebut, menurut Zainuddin, tiada bezanya dengan unit-unit lain dalam RELA kecuali syarat untuk menganggotainya.

“Tugas dan pakaian seragam tetap sama,” tambahnya.

Ditanya sama ada ahli Umno yang bukan anggota PERKASA dibenarkan menyertai briged tersebut, Zainuddin berkata, individu seumpama itu harus menyertai RELA secara terus.

Semakan di lamanweb PERKASA Selangor mengesahkan bahawa pertubuhan itu telah mengadakan satu taklimat mengenai briged berkenaan dalam satu majlisnya baru-baru ini, dengan Abdullah memakai berpakaian seragam RELA.

[Berita penuh di KomunitiKini]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS