Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rumah mampu milik RM220 ribu 'masih terlalu mahal'

Ahli Dewan Negara PKR hari ini menuntut supaya kerajaan menyatakan kriteria yang lebih jelas untuk rumah mampu milik bagi mengelakkan lebih ramai anak muda terlibat dalam kebankrapan.

Senator Zamri Yusof berkata, kriteria harga rumah tidak lebih dari RM220,000 itu "masih terlalu mahal" dan tidak mampu dibeli oleh golongan berkenaan.

"Pendekatan sekarang tidak berjaya. Walau ada (dasar supaya tidak perlu bayar) wang pendahuluan 10 peratus, mereka masih tidak mampu bayar secara berterusan," katanya.

Katanya lagi, pinjaman perumahan merupakan antara penyumbang utama kepada kadar kebankrapan di kalangan golongan muda yang berpendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

Pada 2010 sahaja, kadar kebankrapan itu meningkat tiga kali ganda sehingga melibatkan lebih 3,000 orang peminjam.

Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, jumlah peminjam yang muflis ialah seramai 1,022 orang, katanya lagi.

 

Beliau berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan yang memperkenalkan skim pinjaman perumahan 100 peratus pada tahun lalu.

Skim yang diumumkan perdana menteri ketika pembentangan Bajet 2011 itu menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS