Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan tersandung sendiri, dalam projek Emel 1M'sia
Diterbitkan:  Apr 22, 2011 4:30 PM
Dikemaskini: 8:56 AM

Setiausaha publisiti DAP yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menghentam projek 'E-mel 1Malaysia', dengan mendakwa bahawa kenyataan kerajaan mengenai projek itu, penuh dengan percanggahan.

NONE Menyifatkannya sebagai satu 'kegagalan', Pua berkata temberang itu pecah apabila seorang wakil makmal bidang ekonomi utama negara K'jaan tersandung sendiri, dalam projek Emel 1M'siamendedahkan bahawa agensi-agensi kerajaan akan membayar syarikat swasta dan penyedia emel, Tricubes Berhad, kira-kira 50 sen bagi setiap emel.

Pendedahan itu dibuat hanya dua hari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menulis di Twitternya bahawa Emel 1Malaysia adalah projek swasta dan tidak membabitkan wang kerajaan, serta dibuat secara sukarela.

"Ia menggelikan hati mengenai cara Najib and pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) menyusun lapisan-lapisan untuk mengelirukan serta kenyataan-kenyataan yang bercanggah, dalam satu percubaan untuk menyembunyikan kegagalan Projek e-mel Malaysia'," katanya.

"Pertama, PEMANDU terpaksa bersusah payah menyunting huraian projek itu - daripada satu 'inisiatif kerajaan' kepada satu 'initiatif sektor swasta' -  walaupun hakikatnya Tricubes telah mengumumkan di Bursa Malaysia bahawa ia telah mendapat projek emel dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

NONE "Bagaimanapun, dalam satu temubual di radio dengan BFM (stesen radio perniagaan) semalam, pengarah kandungan komunikasi dan

infrastruktur, perkhidmatan bisnes NKEA, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek mendedahkan bahawa agensi kerajaan akan membayar Tricubes Bhd untuk menggunakan pangkalan data emel 1Malaysia dari syarikat tersebut," kata Pua.

Fadhlullah Suhaimi dilaporkan berkata, beliau menjangka agensi-agensi berkenaan akan membayar Tricubes kira-kira 50 sen bagi setiap emel, yang didakwanya masih "murah daripada kos RM1 untuk percetakan, alat tulis, bayaran pos dan kos menghantar sepucuk surat."

[Baca berita penuh]

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS