Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sebuah panel antarabangsa yang terdiri daripada “pakar luar negara” akan ditubuhkan bagi menjalankan kajian menyeluruh berhubung keselamatan pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant di Gebeng, Pahang.

NONE Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed ( dua dari kiri ) berkata panel itu akan dibentuk “sesecepat mungkin” dan dijangka membentangkan laporannya kira-kira sebulan dari tarikh penubuhannya.

Sehingga panel berkenaan membentangkan laporannya, Mustapa berkata kerajaan tidak akan mengeluarkan apa-apa lesen pra-operasi kepada Lynas.

Lynas juga, katanya tidak akan dibenarkan mengimport sebarang bahan mentah nadir bumi sepanjang tempoh berkenaan. Selain itu, Mustapa berkata kerajaan juga akan mengkaji semula operasi pusat itu, termasuk pembinaan pusat tersebut yang sedang dibina.

NONE Mustapa, bagaimanapun tidak dapat memberi petunjuk siapa yang akan diundang menganggotai panel berkenaan mahupun menjelaskan pihak yang akan menanggung kos perbelanjaan pembentukan panel tersebut meskipun diasak oleh wartawan.

“Apa yang penting, mereka ini pakar dan berkecuali dan dari luar negara. Ini tiga elemen utama,” katanya pada sidang media di sebuah hotel Kuala Lumpur.

Bulan lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif nadir bumi di Gebeng,  yang bernilai hampir RM700 juta, adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.

NONE Dakwanya sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah  itu mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah.

Namun projek kontroversial itu terus mendapat bantahan daripda pelbagai pihak termasuk penduduk sekitar Kuantan,  aktivitis, NGO, Save Malaysia dan juga parti-parti politik Pakatan Rakyat.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS